KURSUS LATIHAN PERGURUAN PASTI MALAYSIA

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU MENGUCAPKAN JUTAAN TAHNIAH KEPADA CIKGU ROHAYA HANIM BINTI ROPAIAI DARI PASTI AL-IKHLAS, CIKGU NURHAMIDAH BINTI HAMDAN DARI PASTI AN-NAHLI DAN CIKGU ZURAIDAH BINTI OSMAN DARI PASTI AL-SIDDIQIN KERANA BERJAYA MENAMATKAN KURSUS LATIHAN PERGURUAN PASTI MALAYSIA YANG MEMAKAN MASA HAMPIR 3 TAHUN SETENGAH. 28 JULAI 2019, AKHIRNYA CIKGU - CIKGU INI BERSAMA 854 GURU - GURU PASTI LAIN DARI SELURUH MALAYSIA TELAH MENERIMA SIJIL DIPLOMA PERGURUAN DARI PASTI MALAYSIA.

SEMOGA GURU - GURU PASTI INI TIDAK JEMU UNTUK MEMBERIKAN KHIDMAT BAKTI KEPADA GENERASI PELAPIS NEGARA DALAM USAHA MENDIDIK DAN MENGAJAR MEREKA. SEMOGA CIKGU - CIKGU SEKALIAN AKAN KEKAL TERUS BERBAKTI DALAM MENJAYAKAN AKTIVITI DAN GERAK KERJA PAS MELALUI AGENDA PENDIDIKAN. TERIMA KASIH DAN TAHNIAH CIKGU!

LAGI

SUKAN BOLA SEPAK N BOLA JARING PASTI MALAYSIA

SELAMAT JALAN ANAK2 SOLEH SOLEHAH YG MEWAKILI PASTI WILAYAH PERSEKUTUAN KE SUKAN BOLA SEPAK N BOLA JARING PASTI MALAYSIA DI STADIUM HANG JEBAT, MELAKA. TEAM BOLA JARING N 3 PEMAIN BOLA SEPAK ADALAH DR PASTI KAW WANGSA MAJU. SAMA2 KITA MNDOAKAN SEMOGA ANAK2 SOLEH SOLEHAH PASTI WILAYAH PERSEKUTUAN BEROLEH KEJAYAAN N MNJULANG KEJUARAAN

LAGI

PENTINGNYA REDHO SEORANG GURU

SATU KISAH BERLAKU DI ZAMAN SYEKH ABDUL QADIR AL-JAILANI..ADA SEORANG YANG BUSUK HATI NYA INGIN MENFITNAH SYEKH ABDUL QADIR..LALU IA MENCARI JALAN UNTUK MENFITNAHNYA..MAKA IA MENEBUK LUBANG DI DINDING RUMAH SYEKH ABDUL QADIR DAN MENGINTIPNYA..KEBETULAN KETIKA IA MENGINTIP SYEKH ABDUL QADIR..IA MELIHAT SYEKH ABDUL QADIR SEDANG MAKAN DENGAN MURIDNYA..SYEKH ABDUL QADIR SUKA MAKAN AYAM..DAN SETIAP KALI IA MAKAN AYAM DAN MAKANAN YANG LAIN..IA AKAN MAKAN SEPARUH SAHAJA..LEBIHAN MAKANAN TERSEBUT AKAN DIBERI KEPADA MURIDNYA..MAKA ORANG TADI PERGI KEPADA BAPA MURID SYEKH ABDUL QADIR TADI..

PAKCIK ADA ANAK NAMANYA INI?

JAWAB SI BAPA: YA ADA..

ANAK PAK CIK BELAJAR DENGAN SYEKH ABDUL QADIR?

JAWAB SI BAPA: YA.

PAKCIK TAHU, ANAK PAKCIK DILAKUKAN OLEH SYEKH ABDUL QADIR JAILANI SEPERTI SEORANG HAMBA DAN KUCING SAHAJA..

SYEKH ABDUL QADIR BERI LEBIHAN MAKANAN PADA ANAK PAK CIK..

MAKA SI BAPA TIDAK PUAS HATI LALU KE RUMAH SYEKH ABDUL QADIR..

WAHAI TUAN SYEKH, SAYA MENGHANTAR ANAK SAYA KEPADA TUAN SYEKH BUKAN UNTUK JADI PEMBANTU ATAU DILAKUKAN SEPERTI KUCING..

SAYA HANTAR KEPADA TUAN SYEKH,SUPAYA ANAK SAYA JADI ALIM ULAMA\'..

SYEKH ABDUL QADIR HANYA JAWAB RINGKAS SAHAJA..

KALAU BEGITU AMBILLAH ANAKMU..

MAKA SI BAPA TADI MENGAMBIL ANAKNYA UNTUK PULANG..

KETIKA KELUAR DARI RUMAH SYEKH MENUJU JALAN PULANG..

BAPA TADI TANYA PADA ANAK NYA BEBERAPA SOALAN BERKENAAN ILMU HUKUM HAKAM..

TERNYATA KESEMUA SOALANNYA DI JAWAB DENGAN BETUL..

MAKA BAPA TADI BERTUKAR FIKIRAN UNTUK KEMBALIKAN ANAKNYA KEPADA TUAN SYEKH ABDUL QADIR..

WAHAI TUAN SYEKH TERIMA LAH ANAK SAYA UNTUK BELAJAR DENGAN TUAN SEMULA..

TUAN DIDIK LAH ANAK SAYA..

TERNYATA ANAK SAYA BUKAN SEORANG PEMBANTU DAN JUGA DIPERLAKUKAN SEPERTI KUCING...

KU MELIHAT ILMU ANAK KU SANGAT LUAR BIASA BILA BERSAMAMU..

MAKA JAWAB TUAN SYEKH ABDUL QADIR..

BUKAN AKU TIDAK MAHU MENERIMANYA KEMBALI..

TAPI ALLAH SUDAH MENUTUP PINTU HATINYA UNTUK MENERIMA ILMU..

ALLAH SUDAH MENUTUP FUTUHNYA UNTUK MENDAPAT ILMU..

DISEBABKAN SEORANG AYAH YANG TIDAK BERADAB KEPADA GURU..

MAKA ANAK YANG MENJADI MANGSA..

BEGITULAH ADAB DALAM MENUTUT ILMU..

ANAK,MAK,AYAH DAN SIAPA PUN PERLU MENJAGA ADAB KEPADA GURU..

BETAPA PENTINGNYA ADAB DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA..

KISAH DI ATAS MENCERITAKAN SEORANG AYAH YANG TIADA ADAB PADA GURU..

BAGAIMANA KALAU DIRI SENDIRI YANG TIADA ADAB,MEMAKI DAN MENGAIBKAN GURUNYA..

KATA ULAMA: SATU PERASANGKA BURUK SAHAJA KEPADA GURU MU..

MAKA ALLAH HARAMKAN SELURUH KEBERKATAN YANG ADA PADA GURUMU KEPADAMU..

SEMOGA ALLAH JADIKAN KITA ORANG YANG BERADAB KEPADA MAKHLUKNYA TERLEBIH LAGI KEPADA GURU YANG MENGAJARKAN ILMU KEPADA KITA...
AAMIIN

LAGI

PASTI AL HAFIZ.. SALAH SATU CAWANGAN DI BAWAH PASTI KAWASAN WANGSA MAJU

ALHAMDULILLAH.. PERMULAAN TAHUN 2019 YANG BAIK BAGI PASTI AL HAFIZ.. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA IBU BAPA YANG MENARUH KEPERCAYAAN KEPADA PASTI BAGI MENDIDIK ANAK ANAK KE ARAH MENGAMALKAN ISLAM DENGAN LEBIH BAIK.. TAK LUPA JUGA KEPADA GURU-GURU DAN PENGURUSAN PASTI AL HAFIZ.. TERUSKAN USAHA MURNI INI.. PASTI ADA GANJARAN ALLAH BUAT MEREKA YANG IKHLAS KERANANYA.. AMIN~

LAGI

PASTI MALAYSIA SERTAI SESI PERBINCANGAN KURIKULUM DI UPSI

TANJUNG MALIM : SATU SESI PERBINCANGAN BERKENAAN PENAMBAHBAIKAN KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK TELAH DIADAKAN PADA 2 JULAI 2018, BERTEMPAT DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI). PASTI MALAYSIA ADALAH ANTARA PIHAK YANG DIJEMPUT MENGHADIRI SESI PERBINCANGAN YANG TELAH DIPENGERUSIKAN OLEH TIMBALAN NAIB CANSELOR AKADEMIK DAN ANTARABANGSA UPSI, PROF. DR. MOHD SAHANDRI GANI BIN HAMZAH.


SESI TERSEBUT DIADAKAN BAGI MENDAPATKAN PANDANGAN SERTA MAKLUMBALAS DARIPADA PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT DENGAN PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI MALAYSIA MEMANDANGKAN UPSI TELAH DIBERIKAN TANGGUNGJAWAB OLEH KERAJAAN BAGI MELAKSANAKAN PENAMBAHBAIKAN KE ATAS KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK AGAR SELARI DENGAN KEPERLUAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21 DAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0.

MENURUT KETUA PENGARAH PASTI MALAYSIA, YB USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT, PASTI MALAYSIA TELAH MENGEMUKAKAN BEBERAPA CADANGAN DI DALAM PERBINCANGAN TERSEBUT, ANTARANYA MEMBERI PENEKANAN TERHADAP ASPEK ADAB DALAM AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA MEMPERKENALKAN AKTIVITI HAFAZAN SURAH PENDEK DAN DOA HARIAN KEPADA MURID-MURID.

TURUT DICADANGKAN ADALAH PENAMBAHBAIKAN KE ATAS PROGRAM-PROGRAM LATIHAN GURU BAGI MELAHIRKAN PARA PENDIDIK YANG BERSAHSIAH TINGGI DAN BERKEMAHIRAN DALAM MELAKSANAKAN KURIKULUM TERSEBUT SERTA PELAKSANAAN PROGRAM 5M IAITU MENULIS, MENGIRA, MEMBACA, MENGHAFAZ DAN MENGAMAL.

PADA SESI TERSEBUT JUGA, PASTI MALAYSIA TURUT MENERIMA BEBERAPA CADANGAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH PESERTA-PESERTA PERBINCANGAN YANG BOLEH DILAKSANAKAN BAGI MEMANTAPKAN PENGURUSAN DAN PROSES PENGAJARAN DI INSTITUSI-INSITUSI MILIK PASTI DI SELURUH NEGARA.

PASTI MALAYSIA TURUT MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK UPSI ATAS JEMPUTAN MENGHADIRI SESI PERBINCANGAN TERSEBUT.

SUMBER: HTTPS://BERITA.PAS.ORG.MY

LAGI

PENAZIRAN 3K PERINGKAT AKHIR PASTI MALAYSIA

ALHAMDULILLAH SELESAI PENAZIRAN 3K PERINGKAT AKHIR PASTI MALAYSIA OLEH BAHAGIAN PENAZIRAN PASTI MALAYSIA. SAMA-SAMA KITA DOAKAN KEJAYAAN PASTI AL IKHLAS. PASTI AL IKHLAS TERPILIH KE PERTANDINGAN AKHIR 3K (KEBERSIHAN, KECERIAN, KESELAMATAN) PERINGKAT KEBANGSAAN.

LAGI

Page 1 of 0